Penggunaan dalam sejarah Kapri

Peta Perancis 1795 yang membezakan "Cafreria Darah Tulen" (Cafrerie Purecode: fr is deprecated ) di Afrika Selatan dan "Cafreria Darah Kacukan" (Cafrerie Melangéecode: fr is deprecated ) lebih jauh ke pedalaman dari Pantai Swahili.

Zaman Inggeris Awal

Pada abad ke-16, seorang penjelajah bernama Leo Africanus menyatakan bahawa orang Cafri ialah kaum "negro" bukan Islam, dan salah satu daripada lima kumpulan penduduk majoriti di Afrika. Menurut beliau, mereka sangat gelap dan amat tinggi, mungkin berketurunan Yahudi; tetapi telah menjadi penyembah berhala. Leo Africanus percaya orang Cafri tinggal di tempat terpencil di selatan Afrika, yang beliau panggil Cafraria.[6]

Selain Leo Africanus, Richard Hakluyt juga menamakan orang ini "Cafar" dan "Gawar", yang bermaksud orang kafir atau sesat.[7][8] Hakluyt memanggil hamba abdi sebagai Cafari ("slaues called Cafari") dan suatu penduduk Habsyah yang berdagang dengan mereka sebagai Cafar ("and they vse to goe in small shippes, and trade with the Cafars") dengan dua nama yang berbeza tetapi serupa. Perkataan ini juga digunakan bagi sebahagian pantai Afrika ("tanah Cafraria").[9] Dalam peta-peta lama Eropah dari abad ke-16 dan ke-17, barat laut Afrika Selatan yang berhampiran dengan orang Khoikhoi dilabelkan sebagai Cafreria.

Zaman jajahan

Perkataan Kapri digunakan bagi kaum-kaum monoteistik (khususnya kumpulan etnik Nguni) di Afrika Selatan, yang bukan beragama Kristian atau mempunyai latar belakang Muslim, tanpa konotasi yang menghina, semasa zaman penjajahan Belanda dan British sehingga awal abad kedua puluh. Ia muncul dalam banyak catatan sejarah oleh ahli antropologi, mubaligh dan pemerhati lain, serta dalam penulisan akademik. Contohnya, Muzium Pitt Rivers di Oxford pada asalnya melabelkan banyak artifak Afrika berasal daripada orang "Kapri". Ensiklopedia Britannica 1911 kerap menggunakan istilah tersebut, sehingga mempunyai rencana dengan tajuk itu.[10]

H. Rider Haggard, seorang penulis novel dari akhir abad ke-19 ke awal abad ke-20, sering menggunakan istilah "kapri" dalam novelnya tentang Afrika gelap, terutamanya dalam novel tentang seorang pemburu berkulit putih, Allan Quatermain, sebagai nama bukan makian bagi orang kulit hitam rantau itu.[perlu rujukan]

Penggunaan perkataan ini yang tidak digunakan untuk menghina juga terdapat dalam novel John Buchan Prester John dari tahun 1910.

Afrika Selatan era Aparteid

Semasa pilihan raya umum Afrika Selatan pada tahun 1948, penyokong penubuhan rejim aparteid berkempen di bawah slogan yang berbaur perkauman "Die kaffer op sy plekcode: af is deprecated " ("Si kapri mesti sedar diri").[11]

Dalam kes Butana Almond Nofomela, semasa bekerja sebagai polis yang menyamar pada awal 1980-an, Nofomela menikam seorang petani British hingga mati, Lourens. Nofomela ingin merompak petani kaya itu tetapi Lourens datang membawa senjata api dan memanggilnya kapri. Ini membangkitkan kemarahan Nofomela, yang kemudian membunuh petani itu.[12]

Perkataan Afrikaans Kaffir-boetiecode: af is deprecated (Saudara Kapri) juga sering digunakan bagi orang kulit putih yang bersaudara atau bersimpati dengan perjuangan komuniti kulit hitam.[13][14]

Namibia

Sama seperti di Afrika Selatan, istilah ini digunakan sebagai panggilan hinaan untuk orang kulit hitam. Laporan 2003 oleh Institut Sumber dan Penyelidikan Buruh Namibia menyatakan:[15]

Kapri dalam konteks Namibia merupakan istilah hinaan yang secara amnya merujuk kepada orang kulit hitam tetapi lebih khususnya pekerja kulit hitam sebagai orang yang langsung tidak mempunyai hak dan juga tidak patut mengharapkan apa-apa faedah kecuali kemurahan yang bos ('baas') mereka mungkin tunjukkan atas budi bicara mereka sendiri.

Rujukan

WikiPedia: Kapri http://sealang.net/malay/dictionary.htm https://web.archive.org/web/20120311150842/http://... https://web.archive.org/web/20090901070712/http://... https://web.archive.org/web/20110722234224/http://... https://web.archive.org/web/20090907225621/http://... https://web.archive.org/web/20140715162750/http://... https://web.archive.org/web/20110610043638/http://... https://www.nytimes.com/2016/10/28/world/africa/so... https://www.nytimes.com/2018/03/28/world/europe/so... http://www.etymonline.com/index.php?term=kaffir